Header Ads

Header ADS

Suami korang 2 alam??


adui... bila baca artikel ni kat HMetro tadi.. geli geleman rasanya.. tapi memang tak dinafikan isu suami 2 alam ni memang ada... depan korang alahai baiknya.. bila isu ni dibuka balik.. aku teringat akan blog sorang pondan yang menayangkan video2 dia dengan lelaki2... link dia dah xde dah.. dah ditutup...

aduyai... kalau tengok lelaki2 yang bersama dia tue.. nak kata tak hensem.. ada yang hensem giler.. sure dah jadi kegilaan ramai gadis2 diluar sana tapi nafsu songsang.... kesian... nasib baik x nampak muka2 yang aku kenali... huhuhuhu..

sure korang rasa.. apa nak kisah hal diaorang.. sebab isu masalah suami songsang ni memang pun berlaku... terlalu ramai.. kadang2 tak sangka pun ada... sebab diaorang tak menampilkan pemakaian yang menunjukan diaorang jenis2 cam tu... susah nak di detect... tapi kenapa walaupun ada isteri.. diaorang masih bernafsu kepada golongna sejenis?..

aku harap mereka yang gitu bertaubat laa erk... isu yang HarianMetro ni kuarkan.. dah terlalu berluasa di negara kita.. hope yang dah terlanjur tu bertaubat laa.. pape pun hayati berita nie...


Suami dua alam
Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN, FIRDAUS SAHAT dan SHAMRAN SARAHAN metahad@hmetro.com.my 2010/07/04

KUALA LUMPUR: Mereka sudah berkeluarga tetapi masih mengamalkan hidup songsang bagi memenuhi naluri serta keinginan seks terhadap kaum sejenis.


Rata-rata mereka yang melakukan perbuatan jijik itu seperti bernaung di bawah satu ‘kelab’ dan aktif menjalankan kegiatan terbabit secara berkumpulan.

Biasanya, golongan suami yang dahagakan hubungan sejenis ini bergerak bersama ke tempat dan ‘sarang’ golongan homoseksual itu seperti kawasan taman, rumah urut dan spa khusus untuk golongan gay memuaskan nafsu serakah mereka.


Ada juga suami gay berkenaan yang bermain cinta dengan lelaki muda homoseksual bergelar ‘anak ikan’ untuk memenuhi keinginan mereka.

Kegiatan diumpamakan ‘kelab suami gay’ ini didedahkan seorang lelaki dikenali sebagai Addy, 39, yang aktif melakukan aktiviti songsang terbabit sejak mula mendirikan rumah tangga kira-kira tujuh tahun lalu.

Addy berkata, dia mula terjebak dengan perbuatan tidak bermoral itu selepas hanya sembilan bulan perkahwinan kerana pengaruh rakan yang melakukan kegiatan sama sejak sekian lama.

“Mulanya saya teragak-agak. Saya tidak berani ‘makan luar’ dan melakukan kegiatan songsang itu lagi, tetapi jiwa saya memberontak apabila tidak menerima belaian daripada lelaki.

“Saya sayangkan isteri, tambahan pula kami kini mempunyai empat cahaya mata, tetapi selera saya pada lelaki tidak pernah padam,” katanya.

Menurut Addy, dia bersama tiga rakannya menjalankan aktiviti terbabit hanya pada masa dan tempoh tertentu, sama ada ia dilakukan satu minggu sekali ataupun hanya sekali sebulan.

Katanya, sasaran mereka adalah ‘anak ikan’ yang mudah didapati di pusat urut tradisional atau pun spa gay di sekitar ibu kota.

“Pusat tumpuan kami biasanya di Taman Miharja, Cheras. Di sana ada banyak rumah urut untuk kami kunjungi sambil melepak bersama golongan sejenis.
“Kadangkala kami pergi juga ke Tasik Permaisuri dan Taman Tasik Kelana Jaya kerana tempat ini boleh dikatakan ‘sarang’ untuk pertemuan lelaki seperti kami,” katanya.

Addy berkata, mereka melakukan semua itu semata-mata untuk melampiaskan nafsu terhadap sesama lelaki, namun pada masa sama tidak mahu mengabaikan rumah tangga, isteri dan anak.

“Apabila bersama isteri dan anak, saya adalah lelaki normal. Cuma perwatakan saya lembut.

“Saya tidak tahu bila semua ini akan berakhir, naluri saya masih berkehendakkan lelaki. Saya tetap ghairah memandang lelaki,” katanya.

Rakannya, Reza, 36, pula berkata, selain suka berfoya-foya ke ‘port’ gay sekitar Kuala Lumpur, dia turut bermain cinta dengan pasangan sejenis.

Katanya, menjadi rutin hariannya, di rumah dia bermesra bersama isteri tetapi di luar rumah dia menjalin hubungan sulit bersama pasangannya.

“Kekasih saya tahu saya sudah berkahwin, tetapi ia tidak menjadi masalah buat kami berdua. Dia (kekasih) faham situasi saya, walaupun beristeri, namun naluri saya tetap pada lelaki.

“Hujung minggu, kami sering berkunjung ke kelab malam gay di Bukit Bintang. Jika dia tiada, saya akan bersama Addy dan rakan lain ke port gay,” katanya.

Bagaimanapun, Addy berkata, hubungannya bersama isteri tetap bahagia walaupun isterinya tidak mengetahui dia melakukan hubungan songsang di luar rumah.

“Perkahwinan saya bersama isteri adalah atas desakan keluarga. Saya dipaksa kahwin, tetapi tidak dapat menolak permintaan keluarga itu.

“Namun hubungan saya dan isteri baik saja. Bersama dia saya bahagia juga, tetapi keinginan saya untuk didampingi lelaki masih tidak berubah,” katanya
Lain pula ceritanya dengan Azri, 40, yang tujuh tahun berkahwin dan dikurniakan tiga cahaya mata tetapi sanggup menipu dan menduakan isterinya hanya untuk bersama lelaki lain.

Lebih menjijikkan, dia juga sering melampiaskan nafsu songsangnya bersama suami orang yang masih mempunyai isteri dan empat anak.

Bagi Azri, sepanjang perkahwinannya dia cuba membuang tabiat songsang itu. Malah dia tahu mengenai dosa dan bala yang akan diterima. Namun, kerana tuntutan nafsu songsang yang sukar dikawal, dia sering melakukan hubungan seks sesama lelaki.

“Naluri dan nafsu saya terhadap lelaki sukar dibendung. Saya melihat lelaki seperti mana kaum itu melihat wanita seksi yang berjalan di depan mereka.

“Boleh dikatakan dalam setahun, lebih lima atau enam kali saya mencari pasangan homoseksual. Bagaimanapun, tujuan saya hanya untuk melepaskan nafsu tetapi tidak pernah terfikir untuk menjalin hubungan cinta.

“Tambahan pula saya sudah berkeluarga. Saya sayangkan mereka dan sebab itu saya tidak mahu mengabaikan mereka hanya kerana tuntutan nafsu ini,” katanya.
Menurut Azri, setiap kali ingin bersama teman sejenis, dia mencari ‘mangsa’ baru menerusi laman sosial atau menghubungi rakannya.

“Sebenarnya, mencari pasangan sejenis lebih mudah daripada seorang lelaki cuba mendapatkan perhatian wanita. Menerusi perkenalan singkat, kami mudah mesra dan terus bersetuju mengadakan hubungan seks.

“Malah, ada juga rakan rapat yang tidak tahan dengan gelora nafsu songsang mereka menghubungi saya untuk melampiaskan nafsu. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, saya menerimanya.

“Bagaimanapun, saya sedar apa hukuman yang harus diterima golongan seperti saya ini. Sebab itu saya cuba mengawal nafsu berkenaan dan hanya melakukannya beberapa kali setahun,” katanya.

Azri berkata, faktor utama yang menjadikan dirinya sebagai lelaki songsang ialah kerana sejak kecil lagi dia terbiasa memakai pakaian wanita.

Katanya, hanya kerana ibu dan ayahnya terlalu menginginkan anak perempuan, dia pula yang menjadi mangsa.

“Dulu keluarga saya kehilangan anak perempuan kerana meninggal dunia. Mungkin sebab terlalu kecewa, saya pula yang menjadi mangsa dan dipakaikan pakaian wanita.

“Apapun, saya tidak salahkan mereka. Mungkin ini sudah takdir saya dan saya terima dengan reda.

“Begitupun, saya sentiasa mengimpikan untuk menjadi lelaki sejati. Berkali-kali saya cuba menahan nafsu songsang itu tetapi tidak berjaya.

“Saya cemburu terhadap lelaki tulen. Namun, apakan daya, setiap kali saya cuba mengubah kehidupan songsang ini dan menahan gelora nafsu, saya pasti tewas,” katanya yang masih merahsiakan perbuatan terkutuk itu daripada pengetahuan keluarganya.
dah baca kan... semua memang happen pun di kalangan masyarakat kita.. isteri pun kadang2 tak akan syak bila suami keluar ngan kawan lelaki dia gak...

dan ini pun artikel aku petik dari Harian Metro gak...

Hubungan songsang seperti penyakit mental
2010/07/04

“GEJALA hubungan homoseksual boleh dikategorikan sebagai penyakit mental. Ia juga antara masalah kerosakan akhlak yang sering berlaku terhadap umat manusia dulu dan sekarang.

Menurut Yusoff, masalah ini sudah menular sejak zaman Nabi Luth AS dan ia menjadi barah terhadap umat manusia kini.


“Mereka yang ingin berubah daripada terus terjerumus dalam gejala songsang ini harus tabah dan sentiasa menguatkan diri untuk meninggalkan dunia itu.


“Kita ada beberapa pendekatan yang boleh membantu mereka seperti daripada cara agama, kaunseling mahupun perubatan tradisional. Mereka boleh mencuba satu daripadanya tetapi yang penting adalah kemahuan diri itu sendiri.


“Kebiasaannya, golongan homoseksual sukar meninggalkan kehidupan songsang berkenaan, lebih-lebih lagi bila sudah terbiasa dengannya.

“Walaupun sudah berumah tangga, namun perkahwinan itu sebenarnya hanya untuk menutup kerja kotor berkenaan.


“Bagaimanapun, tidak kurang juga yang cuba mencari alternatif lain untuk berubah melalui kehidupan berumah tangga.


“Begitupun, atas beberapa perkara mereka kembali melakukan hubungan seks sejenis kerana tidak dapat menahan nafsu yang membuak-buak,” katanya.


Yusoff berkata, mereka yang mahu meninggalkan kehidupan songsang itu harus kuat menangani gelora nafsu masing-masing dan tekadkan diri untuk berubah dan jauhi rakan yang turut berada dalam golongan itu.


“Tiada cara lain kerana semuanya bermula daripada diri sendiri. “Bagi mereka yang tidak mahu berubah, contoh terdekat sudah diberikan Allah SWT pada zaman Nabi Luth di mana hamba yang dilaknat oleh-Nya ditenggelamkan bumi kerana melakukan hubungan seks sejenis. Jadi, kita harap perkara sama tidak berulang lagi,” katanya.

6 comments:

  1. erkk..menakutkan..jgn dingorat oleh golongan gay's ni sudah..geli..
    camne la diorg bleh tak rase geli yek..
    naluri tu mmg tak buleh nak ubah ke..haihs..
    same mcm entri aku buat utk pengkid..
    ade pengkid, dgn awek pengkid yg turun padang komen skali..
    rata2 diorg kata tu ujian yg Allah beri kat diorg.ujian naluri suka kat kaum sejenis..erkk

    terjah entri pengkid tu kat sini.

    http://nizamlimited.frenzyfm.my/akhirnya-soalan-kenapa-awek-pengkid-cun-terjawab.html

    ReplyDelete
  2. ntah la nizam... benda ni mmg wujud...
    sebab pernah kenal lelaki2 gitu..

    kenal dari kawan2.. tengok dari paras rupa mmg x sangka betul.. tapi tu realiti...

    ReplyDelete
  3. tp yg lesb..ade gak..lg teruk klo yg berjaye kawen!

    ReplyDelete
  4. jadik apa motifnyer bukak blog pondan itu? ;p

    ReplyDelete
  5. uhuks.. sapa dimaksudkan ni tuan punya yg bukak blog tu ke atau org yg lawat b log tue?

    kalau tuan nya blog tu.. nak cakap dia mampu dapat jejaka hensem... maybe nak berlagak ngah nyah2 lain kut...

    kalau yg bukak ni maybe tak sengaja.. nak try tgk mana tau jumpa muka kawan dia dlm tu.. ahaks..

    ReplyDelete
  6. Ni lah akibatnya bila agama dipinggirkan.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.