Monday, June 28, 2010

Pic ditag di FB [KLCC 2010]

jengok-jengok di facebook... perasan gambar aku telah ditagged oleh adik ipar aku Raja Fazida di dalam album dia.. huhuhuhu.. bila tengok picture ni.... teringat masa nak dapatkan tiket nak naik.. panjang giler.. kalau setakat aku je nak naik memang aku x tunggu pun... teringat janji my luvly wife kat anak-anak buah dia je, buat aku sabar menunggu... huhuhuuhu...

pengalaman aku mengajar nak naik Skybridge kat KLCC datang laa kul 6pagi lagi... kalau datang kul 7pagi memang dah hujung2 dah... tapi peringatan awal... kaunter bukak kul 9pagi (tak pasti... 8.30 pagi ke 9 pagi.. tapi nak naik datang seawal yang boleh laa).. maybe sebab FREE kut.. huhuhu.. tapi kalau korang bawak budak2... sure salah satu tempat yang menyeronok kan pada diaorang... bila plak diabadikan didalam kamera.. sure bangga diaorang... iya la nak naik ada rintangannya.. main redah nak naik memang tak dapat...

meh aku kupas sket pasal Skybridge nie.. ia terletak di tingkat 41 dan 42... sepanjang 58.4 m yang menghubungkan dua bangunan (tower) KLCC.. berada di tahap ketinggian 170 meter dari permukaan bumi... huhuhuuhu.. tinggi gak erk...

camne nak naik Skybridge nie?? bayar ke... ianya diberi PERCUMA.... tetapi ada syarat dia... sebab tiket ini terhad untuk 1,300 tiket sahaja untuk setiap hari.. banyak kan? tapi ianya cepat habis terutama musim cuti sekolah / hujung minggu... so tak tipu kalau aku cakap kul 9.30 pagi tiket dah habis... walaupun 1st trip untuk naik adalah kul 9 pagi.... tapi kalau hari biasa maybe leh la lewat2 sket... tak sepanas goreng pisang cam cuti sekolah... oh ni just nak share.. sorang cuma boleh collect 5 tiket je.. so kalau korang agak2 ramai.. x perlu semua nak beratur.. suruh je kawan2 tolong ambik... Isnin dia tutup.. sebab dia bukak Selasa hingga Ahad je.. dari kul 9 pagi - 5 petang... so jangan nak gatal gi hari Isnin yer...

anyway untuk naik kali ke-2 mungkin aku pk balik(kalau aku kena collect tiket laa)... kalau orang lain yang collect tiket.. ok je.. ahaks..

pape pun meh tengok gambar di bawah.....

with mu luvly wife... aik kantoi aku penyokong spain.. :p

pesal wife aku muka cam terkejut je...

ni anak sedara sebelah wife aku... calon menantu yang baik nie...

2 beradik... si abang yang selalu beralah ngan adik...

seronoknya beraksi... aku jadi cameraman.. so kurang la picture aku.. huhuhu

beraksi di tengah2 Skybridge..

candid ke picture nie? ntah lupa plak..


ni picture last kat atas tue.. sebab time limited.. 15 minit je untuk satu sesi..
huhuhu.. beratur lama2 untuk 15 minit jer??tapi tu realitinya...
apa-apa pun aku bersyukur kerana diberi peluang untuk naik Skybridge yang gah namanya..

misi seterusnya Menara KL... :p

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers

Doa-doakan agar hubungan ataicha dan mrs.ataicha berkekalan untuk selama-lamanya....

Mrs. Ataicha

Daisypath Happy Birthday tickers

Haziq Naufal

Daisypath Happy Birthday tickers

Keisha Zara

Daisypath Happy Birthday tickers