Tuesday, June 29, 2010

Pertikaian harta tak selesai

Pertikaian harta tak selesai
Oleh Ahmad Johari Mohd Ali

2010/06/29
Anak Syed Kechik gagal capai keputusan luar mahkamah

KUALA LUMPUR: Pertikaian antara anak Allahyarham Tan Sri Syed Kechik Syed Mohamed Al-Bukhary berhubung pentadbiran harta pusaka bapa mereka dianggarkan bernilai RM400 juta, gagal diselesaikan di luar mahkamah.

Peguam Atan Mustaffa Yussof mewakili anak sulong Syed Kechik, Syed Gamal ketika dihubungi berkata, mahkamah menetapkan 7 Julai ini untuk mendengar permohonan anak guamnya membatalkan saman pemula dikemukakan dua adik berlainan ibu.

Syed Gamal anak lelaki tunggal Syed Kechik dengan isteri pertamanya, Zainab @ Eshah manakala Sharifah Zarah dan Sharifah Munira anak dengan seorang lagi isterinya, Puan Sri Sofiah Moo Abdullah.

Syed Kecik menceraikan Zainab ketika Syed Gamal berumur lima tahun.

Pada 9 November tahun lalu, Syed Kechik Holdings Sdn Bhd, Sharifah Zarah dan Sharifah Munira memohon pengisytiharan abang mereka tidak mempunyai hak atau kepentingan dalam aset syarikat sehingga pentadbiran dan pengagihan harta selesai.

Mereka juga memohon perintah bagi menghalang Syed Gamal campur tangan dalam aset, rekod, akaun dan hal ehwal syarikat dan dalam pelaksanaan tugas serta kuasa mereka sebagai pengarah syarikat termasuk hal pemindahan dan penjualan saham syarikat.

Pada 15 Januari lalu, Sharifah Zarah dan Sharifah Munira memperoleh injunksi sementara menghalang Syed Gamal daripada campur tangan dalam hal ehwal syarikat sehingga saman pemula itu diputuskan Mahkamah Tinggi.
Salam... tadi masa surfing website bharian.com.my.... mata aku tertarik tengok artikel nie.. huhuhu.. iya la bila teringat apa yang aku ketahui di pejabat lama aku... tentang Pengurusan Harta Pusaka... perancangan amat penting untuk mengelakkan hal2 ni berlaku...

rasanya dah agak lama cerita ni berterusan... tak habis-habis... salah ker harta banyak? sebenarnya tak salah pun.. cuma silapnya tak sempat nak buat Perancangan Harta je... kalau buat awal2.. sure tak kecoh-kecoh gini.... ntah-ntah.. harta tu terbeku je... sebab banyak harta pusaka orang Islam tak dituntut tau... berapa amount dia lupa plak.. korang try check kat website2 yang menguruskan harta pusaka ni cam ARB, Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd dan lain-lain... mungkin yang hidup ni sedar tentang kepentingan berwasiat....

p/s : tapi aku pernah baca CEO aku pernah cakap.. kalau harta kurang 2 juta.. x perlu la wat wasiat... hehehehe..

ni saya ambik dari statement beliau di blog dia.. [http://hartapusakasyariah.blogspot.com]

"Saya sebenarnya dah letih bercerita dengan orang Islam di Malaysia bahawa hanya 2 kategori orang Islam sahaja yang memerlukan wasiat iaitu orang Islam yang hartanya melebihi RM 2 juta ( kes dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sivil dan wasiat diperlukan bagi tujuan perlantikan wasi ) serta orang Islam yang berhasrat untuk mengagihkan maksima 1/3 dari harta pusakanya kepada bukan waris bagi tujuan amal jariah. BUKAN SEMUA ORANG ISLAM PERLUKAN WASIAT ! "

so cam ne? korang fikir-fikirkan sendiri erk...

2 comments:

  1. ooo baru aku tau harta nak kene lebeh 2juta utk wasiat. thnx

    ReplyDelete
  2. bawah 2 juta pun boleh ARC... cuma wasiat ni just untuk jaga kepentingan sesorang...

    cth la erk..
    iya la kalau ada anak angkat ke.. kalau x wat wasiat.. anak angkat tu sure x dapat apa2..

    harta yang kita tinggal akan dibahagikan ikut faraid.. so insan2 yang kita nak mcm situasi atas ni x dapat...

    or ada anak perempuan je ke.. so maybe harta dah tak banyak.. cth yg ada rumah sebuah... tapi mahal lakan.. kalau x wat wasiat.. rumah tu mungkin dijual.. so nilai umah tu dibahagikan kepada yg perlu dapat bahagian ikut kiraan faraid... so anak kita yg perempuan tu maybe xde tempat utk tinggal plak..

    wasiat ni ada banyak.. kalau utk atas kita guna HIBAH.. Hibah mean pemberian...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers

Doa-doakan agar hubungan ataicha dan mrs.ataicha berkekalan untuk selama-lamanya....

Mrs. Ataicha

Daisypath Happy Birthday tickers

Haziq Naufal

Daisypath Happy Birthday tickers

Keisha Zara

Daisypath Happy Birthday tickers