Header Ads

Header ADS

The Karate Kid best....

semalam aku with my luvly wife dan adik ipar aku pergi melayan cerita yang tgh hot di pawagam sekarang di TGV Kepong.... walaupun terkejar-kejar... cerita ni amat berbaloi untuk dilayan.. sesuai untuk tontonan keluarga....

ahaks.. kalau nak tengok wayang untuk kaum hawa... datang je hari Selasa sebab hari ni ladies day.. x puas hati gak.. aku kena bayar RM11.00.. wife aku dan adik ipar aku just bayar RM7.00 je.. mana aci.. man days bila plak???... sebelum ni aku cuma tau hari Rabu je dapat half price...

iya la biasa tengok ngan kawan2 lelaki je dan hari2 minggu je.. so x tau la pasal harga2 untuk ladies days nie.. xpe laa.. nak wat camne.. rezeki diaorang... ahaks..

balik kita ke cerita The Karate Kid nie... mula ditayang pada 10 June hari tue.. aku baru je tengok semalam.. maklumlah x sempat.. tapi so far puas hati...

cerita dia mengisahkan seorang budak yang bernama Dre Parker (lakonan Jaden Smith) yang berusia 12 tahun yang tinggal di Detroit bersama2 dengan ibunya.. Disebabkan ibunya Sherry (lakonan Taraji Henson) telah mendapat kerja di China. Mereka terpaksa berpindah ke China.

Dre Parker terpaksa mengikut ibunya walaupun hatinya enggan.

Sampai disana, Dre Parker cuba menyuaikan diri dengan tidak tahu berbahasa cina, hari pertama sahaja, anda telah disajikan beberapa aksi melucukan.. aksi apa tue? tengok sendiri yer.. yuppp hari pertama dia telah mula jatuh hati kat seorang gadis bernama Mei Ying (lakonan Wenwen Han) yang sibuk bermain biola... Cheng (lakonan Zhenwei Wang) seorang kaki buli perasan Dre Parker cuba mengenali Mei Ying di taman itu.

Disebabkan Dre Parker ini cuba membela Mei Ying, Cheng telah membelasah Dre Parker dengan ilmu Kungfu yang dia ada.

Disebabkan itu, Dre Parker rasa tidak seronok untuk tinggal di China, rasa terasing dan takut telah menyebabkan dia cuba selalu bersembunyi bila ternampak Cheng dan kawan-kawan dia.



Disebabkan itu, pada satu hari dia telah membalas dendam dengan mencurahkan air longkang kepada Cheng and the gangs, menyebabkan dia dikejar dan dibelasah teruk, nasib baik Mr Han (lakonan Jacky Chan) hadir menyelamatkan nya.

Untuk mencari kedamaian, Mr Han telah bersetuju untuk menyettle masalah peribadi di kejohanan Kungfu... iya laa Guru Kungfu yang mengajar Cheng mengamalkan attitude yang amat kejam.. tidak memberi kesian keapda lawan walaupun dah jatuh...

Semasa Dre Parker belajar kungfu dari Mr Han, pelbagai aksi lucu dan sedih berlaku... jeng2.. sini malas nak cerita sket... ahaks.. nanti korang x gi tengok wayang plak..

tapi banyak aksi2 yang menarik.. tak tipunya...pecah perut kadang2..

so bila tiba pertandingan.. dari satu level ke satu level.. di separuh akhir.. Dre Parker telah menang tapi kakinya patah... huhuhuhu.. tapi dengan rasa tidak takut.. Dre Parker terus mengharungi perlawan akhir melawan Cheng... dan walaupun kakinya sakit.. dia berjaya mengalahkan Cheng....

yuppp.. budak asing berjaya menjadi johan.. sapa dapat pk kan...

tapi terus terang tak rugi kalau ko spend duit tengok cerita nie... :p memang best...

3 comments:

  1. I nangis tengok cite nih..huhu

    ReplyDelete
  2. kenapa tembume nak nangis tengok cerita tu??

    ReplyDelete
  3. suke sangat citer nie, dari 5 bintsng, ku sanggup pinjam bintang org lain semata2 nak bagi 6 bintang kat citer nie, dalam sedih tetiba kita ketawa, sedih ketawa... hahahahahaaaa memang berbaloi..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.