Header Ads

Header ADS

Pendidikan Seks?? Perlukah??

kalau korang baca kosmo hari ni sure tau hal nie..title dia "PENDIDIKAN SEKS AMAT MENCABAR..."

so aku post la artikel ni dulu untuk korang tatap erk..
KUALA LUMPUR - Guru-guru di Malaysia masih belum bersedia untuk mengendalikan pendidikan seks di sekolah kerana mereka kurang latihan profesional dalam subjek tersebut.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, walaupun kesatuan itu menyokong penuh usaha kerajaan untuk menyediakan pendidikan seks di sekolah-sekolah tetapi sesuatu yang menyedihkan ialah guru-guru kurang latihan formal dari segi kerumitan dan sensitiviti subjek itu dan tidak yakin untuk mengajarnya.

Beliau memberitahu Bernama semalam bahawa guru-guru takut mereka mungkin akan disaman oleh ibu bapa jika melakukan kesilapan dalam menyampaikan pengetahuan seks kepada murid-murid.

Malaysia adalah sebuah negara dengan pelbagai bangsa, agama dan budaya dengan setiap etnik mempunyai tanggapan masing-masing mengenai subjek itu yang menjadikan pengajarannya lebih mencabar, katanya.

aku rasa cam setuju part cikgu kita belum sedia... sebab Malaysia ni budaya dia tak open.. so mungkin akan menyukarkan.. walaupun kita tau masalah sosial amat menular di kalangan remaja.. isu seks bebas, seks rambang, bohsia, pelacur... buang anak.. huh.. macam2 lagi... memang susah nak dikawal.. bila jadi.. semua kata perlu diadakan Pendidikan Seks.. mmg perlu tapi dah cukup ke Pihak Kementerian study apa yg perlu dan tidak perlu diajar..

sebagai contoh.. rasa korang pernah dengar kan.. nak beritahu pasal bahayanya AIDS.. tapi apa kita buat.. kita bagi kondom PERCUMA... rasa tu ok ker? bagi aku tak ok.. pendekatan yang aku rasa memang tak bagus..

so part subjek ni plak.. semua sub subjek ni dah dikaji sepenuhnya.. jangan lepas hal ni.. kes2 buang anak makin bertambah dah lah.. cikgu pun aku rasa tak confident nak ajar pun hal ni.. satu maybe malu... satu maybe akan lagi mengarut... ajar lebih dari topik diberi...

cuma aku rasa... pendekatan ke arah agama & moral perlu diserapkan.. agar remaja2 kita ni sedar dan tahu kesan atas setiap apa yg diaorang lakukan.. sebab pendekatan agama dah makin kurang...dan satu lagi.. dah naluri manusia kan.. makin dilarang makin la nak cuba.. xde la kata suruh biarkan.. cuma kita sebagai guru perlu membimbing anak2 murid agar tidak tenpengaruh dengan budaya2 yang tak sihat..

teringat dulu-dulu cikgu garang2.. sekarang cikgu garang sket.. dah kena report polis.. huhuhuhu...

No comments

Powered by Blogger.